Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Demam Panas Akibat Jangkitan Bakteria, Aaron Aziz Suruh Semua Orang Duduk Di Rumah

Zulaikha Yusof 24/03/2020 | 03:55 MYT
Aktor Datuk Aaron Aziz mendedahkan keadaan dirinya selepas berada dalam keadaan kurang sihat apabila mengalami demam panas.
BACA: "Panas Badan Agak Tinggi" - Aaron Aziz Demam, Tapi Bukan...
Menurut Aaron, dia telah dijangkiti bakteria namun telah beransur pulih.
"Alhamdulilah jazakumullah khayran semua yang doakan. Rasa lebih baik sekarang. Demam panas yang sangat teruk menyerang satu badan.
"Betul takde daya nak bangun pun. Hairan jugak sempat memandu pergi hospital. Jangkitan bakteria itu katanya," tulisnya di Instagram (IG)
Dalam pada itu, pelakon drama Jodoh-jodoh Annisa turut berpesan kepada orang ramai supaya terus berada di dalam rumah sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
"Kalau yang 'lockdown' boleh jatuh sakit apa lagi yang kat luar tu. Jadi tolong tinggal di rumah.
"Penghargaan kepada semua barisan hadapan. Terima kasih atas pengorbanan anda hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Terima kasih @diyanahalik masak sup mee," tulisnya lagi.
Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 1518 orang dengan 14 rekod kematian.
Daripada jumlah tersebut, seramai 1345 orang sedang dirawat di hospital, manakala 159 orang telah pun pulih.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Aaron Aziz #Demam Panas #Jangkitan Bakteria