HIBURAN
Di Sebalik Doa Selamat, Tergambar Dua Keluarga Yang Disatukan Kukuh Demi Kecintaan Pada Agama Dan Keluarga
Mereka juga seperti keluarga lain di dalam industri seni. Bekerja demi kelangsungan hidup untuk keluarga terutamanya anak-anak.
Namun kelainan ketara adalah mereka meletakkan ke tepi sejarah lama demi membina hidup yang lebih baik dan sempurna.
Memey Suhaiza dan suami Norman Hakim, Abby Abadi dan suami Faizal Zakaria bersambung keluarga demi kebahagiaan bersama keluarga dan anak-anak.
Ketika berlangsungnya majlis doa selamat sempena Norman Hakim yang akan mengerjakan umrah, mereka semua berkumpul. Dan ini adalah salah satu daripada contoh yang sering mereka sama-sama lakukan.
“Thank you Mama & Abah datang bawa macam-macam rezeki. Thank you semua anak-anak. Thank you kawan-kawan sekolah abang Danish, ustaz, ustazah.
“Thank you semua yang terlibat. Juga untuk anda semua yang selalu mendoakan yang baik-baik untuk kami kekeluarga,” tulis Memey Suhaiza di satu entri video di Intagramnya.
Norman pernah berkahwin dengan Abby dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum bercerai dan mengahwini Memey Suhaiza. Norman dan Abby masing-masing kini mempunyai keluarga sendiri tetapi hubungan kekeluargaan mereka cukup kuat demi anak-anak.
Kredit Gambar: Instagram