gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Remaja Perempuan Maut Selepas Picit Jerawat, Guna Krim Tidak Sah
HIBURAN
Transformasi Ekstrem Demi Kerja, Zul Ariffin Turun 20 Kg Dalam Masa 2 Bulan - “Rendah Karbohidrat, Rendah Gula…”
BERITA
Lelaki Meninggal Dunia Ketika Solat Dhuha Di Masjid
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Dia Ambil Duit & Lari..." - Lisdawati Cari Wanita Ini, Dah Kenapa Pula Tu?

Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
20/06/2019
00:22 MYT
Sponsor Banner
"Dia Ambil Duit & Lari..." - Lisdawati Cari Wanita Ini, Dah Kenapa Pula Tu?
Pelakon Lisdawati meminta pertolongan pengikutnya di laman sosial Instagram untuk mencari seorang wanita bernama Nurul Ashikin Aided.
Lisdawati memuat naik foto dirinya bersama Ashikin serta foto kad pengenalan Ashikin di entri Instagram terbabit.
Lihat siaran ini di Instagram
Rasaanya ada tak sesiapa kenal dgn wanita ini pls DM sy pls.. uRGENT . Saya nak ajak bincang cara baik ?. Dulu dtg jumpa sy mulut manis sampai dtg rumah beberapa kali ,jadi kita settle manis2 ye .
Siaran dikongsi oleh Lisdawati (@lisdawati15) pada Jun 18, 2019 jam 2:31 PDT
"Rasanya ada tak sesiapa kenal dengan wanita ini, please DM saya please... URGENT.
"Saya nak ajak bincang cara baik. Dulu datang jumpa saya mulut manis sampai datang rumah beberapa kali, jadi kita settle manis-manis ye," tulis Lisdawati.
Biarpun tidak menyebutkan sebab mengapa dia mahu mengesan wanita tersebut, komen yang ditinggalkan oleh suami Lisdawati, pelakon Fauzi Nawawi seakan menjawab persoalan terbabit.
"Dia ambil duit dan lari," jawab Fauzi sebagai membalas komen salah seorang pengikut Instagram Lisdawati.
Di ruangan komen, peminat pelakon filem KL Menjerit ini mendoakan agar usaha Lisdawati mencari wanita terbabit dipermudahkan.
Sekadar info, Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 41, mula menceburkan diri dalam bidang hiburan semenjak tahun 2000.
Lisdawati mendirikan rumah tangga dengan Fauzi pada 9 September 2007 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta.
Topic Berkaitan
#Lisdawati
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement