Skip to main content

Budaya Popular

"Dia Baik Dan Sangat Merendah Diri" - Charis Ow Intai Peluang Kolaborasi Dengan Naim Daniel

charis-naim-header.jpg
Penyanyi dan pengacara Charis Ow menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan bintang muda yang sedang meningkat naik, Naim Daniel.

Kata Charis dia pernah menyuarakan hasrat tersebut ketika bertemu dengan pelantun lagu Sumpah itu ketika penggambaran Mickey Mouse Club musim kedua baru-baru ini.

"Kalau ditanya siapa artis yang saya mahu berkolaborasi sudah tentulah Naim Daniel.

"Kami pernah bertemu sebelum ini dan saya akui dia seorang individu yang sangat baik dan merendah diri.

"Saya pernah menyuarakan impian saya untuk berduet dengannya dan katanya tidak mustahil.

"Sumpah pun lagu yang sangat luar biasa dan saya bersyukur seandainya dapat bekerjasama dengan dia suatu hari nanti," katanya kepada Gempak.

Charis ditemui pada majlis pelancaran single ketiganya berjudul Mahal di Red Box The Gardens Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mahal merupakan lagu gubahan Omar K dan mendapat sentuhan lirik oleh Ikhwan Fattana dan John Jeevasingham.

Lagu itu juga turut menampilkan penyanyi rap undangan Loca B.

Lagu Mahal diedarkan oleh Warner Music Malaysia dan muzik videonya sudah boleh ditonton di WebTV Asia.


 

Must-Watch Video

Advertisement