Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Dia Baik-Baik Saja, Sekarang Dalam Proses Pemulihan" - Isteri Mamat Khalid

Zulaikha Yusof 15/10/2019 | 03:32 MYT
Pengarah Hantu Kak Limah, Mamat Khalid berada dalam keadaan stabil selepas mengalami sesak nafas pada Ahad lalu.
Perkhabaran itu dikongsi oleh anak pertamanya, Mohd Khalid Zaffa, 32 selepas dihubungi oleh pihak mStar.
"Alhamdulillah, bapa saya okay. Sekarang ini dia tengah berehat. Dia minta untuk ditidurkan.
"Jangan risau, bapa saya di bawah pemantauan doktor," katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada pengarah itu, Hasmah Hassan berkata suaminya dalam proses pemulihan sekarang ini.
"Dia baik-baik saja, sekarang dalam proses pemulihan," katanya secara ringkas.
Pengarah terkenal itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ, Ipoh, Perak, selepas mengalami sesak nafas.
BACA: Sesak Nafas, Mamat Khalid Kini Di ICU
Terdahulu, Januari lalu Mamat dimasukkan ke sebuah hospital di Petaling Jaya akibat masalah jantung.
Sumber: mStar
#mamat khalid #Stabil