HIBURAN
“Dia Kata Syatilla Baguih” - Rindu Suami, Syatilla Melvin Throwback Gambar Kahwin
Pelakon Syatilla Melvin mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa rindu terhadap suaminya, aktor, Shaheizy Sam.
Menerusi akaun Instagramnya, Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla ini telah memuat naik beberapa koleksi foto ‘throwback’ perkahwinan mereka.
Tiga foto tersebut mempunyai kapsyen yang berlainan antaranya “Because I miss you,”.
“Dia tak sangka tu dapat bini segak, because I miss you” dan “Dia kata Syatilla baguihhhh,” tulisnya.
“Bila pregnant memang ada waktu kita jadi mengada lebih tetiba rindu tak pasai,” tulis @dhamiraaziz
“Semoga bahagia hingga ke jannah, Amin. Comel sangat akak,” komen @sitihajar8975
Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
Untuk perkembangan terkini, Syatilla kini sarat hamil anak kedua.
Foto: Instagram @samtilla