HIBURAN

“Dia Nak Buka Tudung Tu Biarlah Dia Buka Atleast Dia…” – Michael Ang Komen Isu Emma Maembong

Mya Amri 07/02/2019 | 13:26 MYT
Pengarah terkenal Michael Ang menyatakan keputusan Emma Maembong untuk membuka tudung adalah hak individual

Kata Michael, berkemungkinan Emma masih belum bersedia untuk bertudung dan telah mengakui kekhilafannya.

Michael membuat kenyataan itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

BACA: Peminat Doakan Yang Terbaik, Patah Hati Lihat Emma Maembong Kongsi Foto Tidak Bertudung

“Sebenarnya kalau orang itu rasa dia tak bersedia untuk bertudung, dia nak buka tudung tu biarlah dia buka.

“Atleast dia bagitahu korang daripada korang bertudung tapi sebenarnya kau tak nak pun bertudung tapi sebab kau takut orang kata kau bukak kau terus bertudung.

“Itu lagi munafik namanya. Yang penting sebenarnya hati, hati kena bersih,” katanya.
Terdahulu, Emma menegaskan tidakan terbabit yang diambil olehnya bukanlah contoh yang baik dan tidak ada kena mengena dengan kontroversi foto tular yang melanda Emma baru-baru ini.

BACA: Selepas 5 Tahun Berhijab... Emma Maembong Sah Buka Tudung, Kembali Free Hair

Foto: Instagram @emma_maembongofficial/ @michaelang38
#Emma Maembong #Michael Ang #Emma Maembong