Gempak logo
HIBURAN

Diana Danielle Lahir Bayi Perempuan Dalam Air

article-author-avatar
Ahmad Shah 24/11/2015 | 08:16 MYT
Diana Danielle Lahir Bayi Perempuan Dalam Air
Pelakon Diana Danielle selamat melahirkan bayi perempuan pada 19 November lalu di Hospital Pantai, Bangsar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh suaminya, aktor Farid Kamil melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Farid, Diana telah melahirkan anak perempuannya itu menerusi teknik bersalin dalam air dan mereka berdua berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar. Selamat datang ke dunia wahai anakku," katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian Online

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikuriakan anak sulung mereka, Muhammad yang kini berusia dua tahun setengah.

Olahan Semula: Mya Amri

Sumber: Berita Harian Online

#Diana Danielle #Farid Kamil #Diana Danielle Dah Bersalin