Skip to main content

Budaya Popular

Didakwa Menjadi Pengacara Dansa Dan Sing, Apa Kata Han Byul?

untitled-design-2019-12-30t182828-851.jpg
Juara Big Stage 2019, Han Byul menepis dakwaan yang menyatakan dia bakal menjadi pengacara Dansa Dan Sing bersama Sherry Al-Hadad.
 
Memetik laporan HLive, kerana kekangan bahasa, dia masih belum layak bergelar seorang pengacara untuk mana-mana program di Malaysia.
 
“Saya bukan pengacara untuk program Dansa Dan Sing walaupun saya nak sangat. Mana tahu musim kedua nanti saya betul-betul jadi pengacara Dansa Dan Sing bila saya dah menguasai bahasa Malaysia.
 
“Selamat maju jaya kepada Sherry, my sayang dan juga kepada pengacara baru yang akan diumumkan,” ujar Han Byul.
 
Sudah merencanakan karier yang lebih menyerlah bagi tahun 2020, Han Byul tidak sabar untuk melebarkan sayapnya di dalam industri hiburan tanah air.
 
“Saya ada beberapa lagu terbaru yang akan dikeluarkan tak lama lagi, malah saya juga ada menulis lagu. Saya sanga teruja untuk peminat mendengarkan lagu terbaru ini.
 
“Selain itu, saya turut menantikan jawapan susulan untuk berkolaborasi bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, diharapkan kerjasama ini akan menjadi tahun depan,” jelasnya lagi.
 
Konsert mingguan Dansa Dan Sing akan ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.
 
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
 

Must-Watch Video

Advertisement