HIBURAN
Dipaksa Emma Maembong Menari Lagu Hindustan, Hisyam Hamid Akui Tarian Hancur
Pelakon Emma Maembong dan Hisyam Hamid telah menunjukkan bakat mereka dengan menari lagu runut bunyi filem popular Kuch Kuch Hota Hai berjudul Koi Mil Gaya.
Video tarian tersebut dikongsi sendiri oleh Emma menerusi akaun Instagram (IG)nya dan kemudiannya di ‘repost’ kembali oleh Hisyam.
Menerusi video tersebut, Emma dan Hisyam menunjukkan ‘skill’ tarian mereka dan bergelek mengikut rantak lagi tersebut walaupun wajah Hisyam kelihatan sedikit malu-malu.
Video yang diambil selepas selesai sesi penggambaran drama terbaru Sayang Papa Saya Tak itu menjadi lebih meriah apabila kru-kru produksi juga turut sama menari.
“Haha ini la jadi bila saya paksa artis dan semua orang belakang tabir sayang papa saya tak buat video menari. Susah juga nak paksa diorang ni menari.
“Tapi apa-apa pon tq @hisyamhamid7 layan je adik abang yang gila ni.Haha . Tq semua menari walaupun HANCUR TERUK. Mana lgi nk tgok abang Hisyam kita menari kan hahah!!
“Dan yang paling best lagi 5 hari je #sayangPapaSayaTak di tv astro ria dan ria hd ! Pukul 10malam! Jgn lupa tgok tau !! #emaVengers #emmamaembong @emavengers,” tulisnya.
Sementara itu, Hisyam menerusi IGnya membalas kapsyen Emma dengan nada bergurau.
“Antara perkara-perkara yg @emma_maembongofficial memaksa kita utk buat ? DISCLAIMER: Video ini hanya sekadar hiburan, tiada kena mengena dengan yang pandai atau yg memang hancur lebuhraya menari macam apa ntah @hisyamelters,” tulisnya
Dalam pada itu, gelagat kedua-dua pelakon itu menyebabkan ruangan komen IG Emma dan Hisyam dipenuhi dengan komen-komen lucu peminat mereka.
A video posted by Emmamaembong (@emma_maembongofficial) on
Must-Watch Video