Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Disebabkan Isu Kampung Baru, Ada Yang Suruh Michael Ang Jadi Menteri?

Hanafis Haris 26/04/2019 | 10:19 MYT
Jika sebut tempat makan paling best di Kuala Lumpur ini, pastinya Kampung Baru terlintas di fikiran bukan?
Selain 'syurga' makanan, suasana kampung di kawasan itu juga antara tarikan di situ, sekali gus menjadi tarikan pelancong ke Malaysia.
Mungkin sebab itu jugalah, pengarah terkenal Michael Ang membangkitkan isu ini menerusi video di Instagramnya, semalam.
Menurut Micheal, dia menyarankan supaya kerajaan menghentikan pembinaan hotel atau pusat membeli belah di kawasan sekitar Kampung Baru.
Jelasnya, lebih baik sekiranya perumahan di Kampung Baru itu dicantikkan seperti mana usaha kerajaan negeri Melaka menjaga Kampung Morten.
"Cadangan aku je tak payah nak kutuk," katanya.
Walaupun ramai yang bersetuju dengan pandangan Micheal Ang ini, namun tidak kurang juga yang mempertikaikan pendapat itu hingga ada yang meminta dia menjadi menteri.
Ini antara komen netizen:
#Malaysia #Micheal Ang #Kampung Baru