HIBURAN
Ditanya Tentang Seluar Dalam, Ini Respon Alif Satar
Penyanyi dan hos popular, Alif Satar berkongsi paparan skrin mengenai pertanyaan seorang individu mengenai pemakaian seluar dalam ketika menunggang basikal.
Perkara itu dikongsi Alif menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Alif merasakan pertanyaan itu mencuit hati dan mengajak rakan-rakannya yang turut aktif menunggang basikal memberi respon di entri itu.
"Come on geng geng cyclist..sila beri jawapan anda dibawa #GengSpenderBasah ke #GangTakPakaiSpender.
"I can't man, I just can't," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Alif dan beberapa rakan artis meninggalkan respon berunsur jenaka.
"Apa barang pakai... Kasi bebas la," tulis Ammar Alfian.
"During my time dulu, I guna normal underwear tapi yang jenis ketat so 'it' will be in place during cycling," tulis Azhar Sulaiman.
"Ala apa nak jawab ermm Google la dik," tulis Hairul Azreen.



Terdahulu, Alif dan isteri mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.
Dalam perkembangan terbaru, isteri Alif Satar kini sedang hamil anak ketiga.
Alif juga akan kembali menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage bersama Sherry Alhadad.
Minggu lalu, senarai 12 orang peserta Big Stage musim kedua telah diumumkan membabitkan bintang dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Korea Selatan.
Peserta lelaki terdiri daripada empat orang penyanyi tempatan, Santesh, Irfan Haris, Adzrin dan Kucaimars, seorang peserta Brunei, Aziz Harun dan seorang penyanyi dari Korea, Han Byul.
Manakala perserta perempuan terdiri daripada empat gadis tempatan, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani, Syada Amzah dan Fieya Julia, seorang peserta dari Thailand iaitu Chaleeda dan penyanyi muda dari Indonesia, Dinda Permata.
Personaliti radio ERA, Radin bersama Sissy akan menjadi hos Big Stage Live Plus yang akan disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Seorang lagi personaliti radio ERA, Hani Fadzil bakal menjadi hos untuk Studio Big Stage dan Kompilasi Studio Big Stage.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggalas tugas sebagai juri tetap bersama dua bintang popular Indonesia, Judika dan Chakra Khan yang akan bergilir-gilir duduk ke kerusi juri pada setiap minggu.
Seorang juri undangan juga akan dijemput setiap minggu bagi menyertai dua orang juri tetap bagi mengadili persembahan bintang Big Stage.
Big Stage dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ini akan mula ditayangkan mulai 18 Ogos 2019, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).