HIBURAN
“Doktor Cakap ‘No Burung See’- Norman Hakim, Memey Tak Kisah Jantina Anak
Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza akui tidak kisah tentang jantina anak ketiga mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menurut Norman, dia lebih mementingkan kesihatan bayi di dalam kandungan isterinya yang kini berada dalam trimester kedua.
Norman memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagram (IG)nya harini.
Aktor itu memuat naik satu foto beserta hashtag ##22minggu2hari #DocCakapNoBurungSee #Wallahualambissawab dan #TakKisahBoyKeGirlYangPentingBabySihatWalafiatAamiinYaRabb.
“Result dari pemeriksaan tadi. Dengar tak apa Dr.Zarina cakap? Hehe. Doakan jelah yang terbaik. Mana-mana pun okay. Saya akan update dari semasa ke semasa inshaAllah #normey3rdjr #noburungsee,” tulisnya.
Norman dan Memey dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.
Manakala melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun.
Foto: Instagram @normanhakim_786 / @memeysuhaiza
Teks oleh: Mya Amri