Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

“Dulu Bila Pandang Dari Jauh Rasa Biasa, Sekarang…” -Saharul Ridzwan Sayu, Rindu Nak Pergi Masjid

Mya Amri 31/03/2020 | 10:37 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan akui rindu untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid.
Saharul meluahkan rasa rindunya itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Saharul, hatinya berasa sayu sewaktu melihat masjid dari jauh.
“Dulu bila dipandang dari jauh rasa macam biasa je. Sekarang bila tengok video ni pun sayu rasa hati.
“Seminggu sekali je pergi, itu pun solat Jumaat, datang khutbah, kadang-kadang terlelap, lepas tu paling cepat keluar masjid takut kereta jammed
“Sekarang nak pergi, tapi tak dapat. Macam-macam rasa tu dijentik kat hati. Semoga Allah terus menjentik rasa hati ni sampai bila-bila. Sampai bila-bila. Amin Ya Rabb,” tulisnya.

Dulu bila dipandang dari jauh rasa macam biasa je. Sekarang bila tengok video ni pun sayu rasa hati. Seminggu sekali je pergi, itupun solat Jumaat, datang khutbah, kadang2 terlelap, lepas tu paling cepat keluar masjid takut kereta jammed . Sekarang nak pergi, tapi tak dapat. Macam2 rasa tu dijentik kat hati. Semoga Allah terus menjentik rasa hati ni sampai bila-bila. Sampai bila2. Amin Ya Rabb ??

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Terdahulu, rakyat Malaysia kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengawal penularan wabak COVID-19.
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Saharul Ridzwan