HIBURAN
Dulu Dibuang Now Jualan Perabot Terpakai Ini Cecah RM100,000 Sebulan, Lihat Bagaimana Gadis Ini Lakukan!
Siapa kata perabot lama tidak boleh digunakan?
Gadis remaja berusia 21 tahun ini telah membuktikan perabot lama juga boleh menghasilkan keuntungan, malah mampu mencipta jualan mencecah RM100,000 sebulan.
Menerusi Sinar Harian, Arliya Munif berasal dari kedah ini berkata, dia telah menjalankan perniagaan 'Perabot Berkualiti Kedah' sejak 2017.
Menurutnya, idea tercetus selepas melihat perabot lama yang masih elok dibuang oleh pemiliknya disebabkan oleh kerosakan kecil.
“Kadang-kadang perabot dibuang ini masih elok. Hanya perlu baiki sedikit sahaja.
"Malah ia boleh diperbetulkan hingga nampak seakan baharu dan mewah,” katanya.

Tambahnya, melalui perniagaan ini dia juga dapat menjual perabot pada harga berpatutan dengan kualiti yang memuaskan.
“Lagipun kalau nak beli perabot baharu harganya mahal dan ramai orang tidak mampu,” katanya.
Difahamkan, Arliya yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) jurusan Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan ini telah memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM1,500.
Sumber : Sinar Harian