Skip to main content

Budaya Popular

Ella Bakal Adakan Konsert Mac 2019?

ellaqqq.jpg
Miss K dengar, ramai peminat yang menantikan konsert penyanyi Ella kerana merindui aksi manja serta suara serak-serak basah Ratu Rock itu.

Ada juga yang kempunan apabila konsert yang menggandingkan Ella dengan Datuk Awie, Konsert Dinner GIG 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 7 Disember lalu terpaksa ditunda.

BACA: "Semangat Nak Pergi Practice, Rupa-Rupanya ..." - Respons Awie Konsert Dinner GIG 2018 Tunda

Tapi, Miss K dengar cerita dari seorang rakan yang rapat dengan penganjur konsert, Ella bakal adakan konsert solo bulan Mac tahun hadapan.

Wah, nampaknya siapa yang menantikan aksi dan suara Ella tu bakal terubatlah kerinduan mereka.

Sidang media pengumuman mengenai konsert Ella tu pun bakal diadakan dalam masa terdekat ini...

Tak sabar nak tunggu berita dari pihak Ella, dengar cerita konsert tu ada tema tersendiri. Tema apa ya? Emm... tak sabar pulak Miss K!

Miss K: Suka lagu Ella yang bertajuk Sembilu. Lagu pilihan wajib masa karaoke tu!

Must-Watch Video

Advertisement