Skip to main content

Budaya Popular

Emy AF2016 Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

emy-af2016-meninggal-dunia.jpg
Bekas bintang Akademi Fantasia (AF2016), Emy, 25, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan.
 
Berita mengejutkan itu disahkan menerusi Instagram (IG) ERA.JE sebentar tadi.
 

 
Dalam pada itu, kumpulan Estranged akui terkejut dengan berita pemergian anak didik mereka menerusi program JoHaRockstar.
 
“Kita teramat terkejut dan sedih dengan berita kehilangan adik kami @emy_joharockstar .... Takziah buat seluruh keluarga Emy, semoga rohnya dicucuri rahmat.
 
“Much love to you our dear brother.. We will miss you dearly. AL-Fatihah,” tulis mereka menerusi IG.
 
Terdahulu, Emy atau nama sebenarnya Zahrul Hilmi Badrul Hisam merupakan juara pencarian program JoHaRockstar pada tahun 2016 sebelum dipilih untuk menyertai AF2016.
 
Foto: Instagram @era.je / @estrangedband

Teks oleh: Mya Amri

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement