HIBURAN

Enggan Sambung Kontrak, Selepas 10 Tahun Amber Akhirnya Tinggalkan SM Entertainment

Mya Amri 03/09/2019 | 11:00 MYT
Anggota kumpulan f(x), Amber Liu mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensinya SM Entertainment.
Keputusan itu dilakukan selepas menjadi artis bawah naungan syarikat tersebut selama 10 tahun.
Berita itu didedahkan sendiri oleh Amber menerusi satu kenyataan di akaun media sosial peribadinya iaitu Instagram dan Twitter baru-baru ini.
“Hello semua, di sini saya ingin memaklumkan bahawa kontrak saya bersama SM Entertainment telah tamat dan saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama dengan syarikat berkenaan.
“Ikhlas dari hati, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mempercayai dan bersabar degan saya selama ini.
“Saya tidak sabar untuk menunjukkan kepada kamu semua bahagian terbaru dalam kerjaya saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua,” tulisnya.
Terdahulu, Amber yang juga merupakan penyanyi rap f(x) ini telah bersama SM Entertainment sejak tahun 2009.
#Artis Korea #Amber Liu