Skip to main content

Budaya Popular

‘Excited’nya!!! Esok Konsert Hora Horey Didi & Friends Dah Mula…Ini Perkara Menarik Yang Bakal Berlaku!

konsert-hora-horey.jpg
Tinggal beberapa jam sahaja lagi konsert ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’, akan berlangsung secara ekslusif dan interaktif di Quill Convention Center, Kuala Lumpur.

Seperti yang diwara-warakan sebelum ini, konsert berdurasi 65 minit itu akan berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula dari 15 sehingga 18 Ogos 2019.

Jadi…Apa yang menarik di ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’ esok? Rugi kalau papa dan mama di masih tak beli tiket kerana, ia sangat menarik dan…berbaloi-baloi!

1.  Cabutan bertuah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Didi dengan Nana tengah tunggu apa tu?

A post shared by Didi & Friends - Lagu Kanak2 (@didiandfriends) on

Sembilan keluarga bertuah akan menerima kejutan pada sambutan hari kelahiran mereka. Didi, Nana, Pak Atan, Jojo atau Bingo akan sambut hari jadi sama-sama tau!  Setiap pemenang akan dipilih menerusi proses cabutan bertuah yang akan diadakan di setiap persembahan; 9 persembahan secara keseluruhannya. Semua yang hadir berpeluang untuk memenangi hadiah hebat ini.

2. Ibu dan anak yang bertuah dan dijemput naik ke pentas
Penonton dari ‘Zon Hora Horey’ berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan maskot dan penari dengan lebih dekat dan jelas. Selain dari itu, penonton juga berpeluang untuk menjadi tiga pasangan ibu dan anak yang bertuah dan dijemput naik ke pentas sempena lagu ‘Ibu dan Anak’. Eksklusif untuk pembeli tiket ‘Zon Hora Horey’, mereka juga akan dapat bergambar dengan maskot semasa sesi Berjumpa Peminat (‘Meet & Greet’).

3. Penampilan Istimewa Izzue Islam, Wakaka Crew Dan Omar & Hana
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jauhhh Abang Izzue datang ni. Nak tahu dari mana? Tunggu esok ? #DidiLive2019

A post shared by Didi & Friends - Lagu Kanak2 (@didiandfriends) on

Izzue Islam telah dipilih sebagai selebriti jemputan utama untuk konsert ini dan beliau akan turut membuat persembahan semasa konsert, dan menari ‘The Lala Dance’ bersama peminat yang hadir. Antara personaliti popular lain yang akan turut serta membuat persembahan bersama Didi & Friends ialah kumpulan ‘b-boy’ terkenal tanah air, iaitu Wakaka Crew yang diterajui oleh Alam. Animasi kartun Islamik, ‘Omar & Hana’ akan turut membuat penampilan istimewa di konsert ini.

4. Gimik persembahan, permainan ‘giant balls’, ‘water gun’, ‘glow in the dark’!
Konsert ini pasti akan menjanjikan suatu pengalaman yang penuh kelainan berbanding apa yang disiarkan di kaca televisyen dan YouTube kerana anak-anak akan dapat berinteraksi secara langsung dengan karakter, menyanyi dan menari bersama dalam satu suasana yang cukup meriah dan nyata seperti di alam animasi Didi & Friends. Antara gimik persembahan yang dijadualkan berlangsung termasuklah bermain ‘giant balls’, ‘water-gun’, ‘glow-in-the-dark’ dan banyak lagi!

5. ‘Lagu Mandi Remix’
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Repost @tomokofficial ****** alhamdulillah..terima kasih didi and friends atas jemputan ini..anak-anak saya mesti suka . korang jangan lupa datang nanti..bawak anak-anak..details untuk ticket ada di bawah ni . oh ya..banyak aktiviti menarik nanti tau..antaranya *Persembahan 65 Minit *Persembahan glow in the dark *Banyak kejutan yang menarik!! dan banyak lagi . Korang boleh ikuti cara di bawah caption ni untuk dapatkan tiket... ???????? ❤Jom Beli Tiket di www.DidiLive2019.com ❤Masukkan promo kod KHHLDidi diskaun 10% (terhad kepada yang terawal sahaja!) ❤Hubungi 014-9401399 untuk sebarang pertanyaan #didilive2019 #didiandfriends

A post shared by Didi & Friends - Lagu Kanak2 (@didiandfriends) on

‘Lagu Mandi’ (yang telah mendapat hampir 6 juta tontonan di saluran YouTube Didi & Friends) akan dipersembahkan dalam versi tarian yang dipanggil ‘Lagu Mandi Remix. Orang ramai juga dicabar untuk tarian ‘The Lala Dance’ dan memuat naik video tarian masing-masing di laman sosial media dengan tanda pagar (‘hashtag’) #LaguMandiChallenge dan #TheLalaDance. Cepat! Sempat lagi ni!
Rakaman muzik video Lagu Mandi Remix telah melibatkan barisan personaliti popular seperti Izzue Islam, Syatilla Melvin, Aqil Nahar dan Ara Aziz dan ia boleh ditonton di YouTube Didi & Friends.

6. Istimewa…‘Didi &Friends’ & ASWARA
Buat julung kalinya juga, ‘Didi &Friends’ bakal bekerjasama dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk menampilkan penari-penari penari-penari yang berpengalaman dan persembahan yang berkualiti tinggi (dari barisan pemain dram ASWARA dan Kumpulan DikirBarat ASWARA). Untuk memastikan konsert yang dipersembahkan menepati kehendak dan memenuhi jangkaan peminat, Digital Durian akan menitikberatkan persiapan dari setiap penjuru termasuklah dari segi kostum, peragaan pentas, visualisasi dan prop.

Masih belum ada tiket? Cepat ke www.DidiLive2019.com, selagi stok masih ada. Dengar cerita jualan tiket laju! Untuk maklumat lanjut berkenaan segala informasi, harga serta pakej tiket yang tersedia dan info terkini mengenai ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’, sila ikuti platform media sosial rasmi Didi & Friends atau emel ke [email protected].
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement