gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Gagal Tahan Air, Sophia Albarakbah Serah Kes Serangan Siber Pada Peguam - “Perkara Paling Buruk Pernah…”
HIBURAN
Bunga Isme Kongsi Pengorbanan Demi Ijazah & Ibu, Pernah Terdetik Berhenti Menyanyi - “Gagal Dua Kali, Naik Tren 6 Pagi, Ulang Alik Seremban…”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Didie Shazry Buktikan Boleh Menyanyi Tanpa Gitar, Kini Bidik Gelaran Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fairuz Selamat Nak Kahwin Siti Murni 25 Mei Ini?

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
09/02/2017
05:47 MYT
Sponsor Banner
Fairuz Selamat Nak Kahwin Siti Murni 25 Mei Ini?
Tahniah Miss K ucapkan kepada bekas vokalis kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Miss K teruja sebab Fairuz bijak memilih suri hidupnya. Wanita yang bakal menjadi isteri Fairuz pun bukan calang-calang orang.
Wanita cantik manis yang berjaya memikat hati Fairuz ialah, Siti Murni Abdul Aziz seorang pembaca berita TV di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang juga seorang pemilik perniagaan tudung Empayar Siti Murni.
Miss K mendapat khabar berita ini daripada seorang peminat yang suka melihat pasangan merpati dua sejoli ini dan tidak sabar melihat mereka disatukan.
Peminat tersebut juga telah mengirimkan kad kahwin dan maklumat mengenai pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini yang bakal berlangsung di Shah Alam pada 25 Mei ini.
Dikhabarkan, majlis persandingan pula akan diadakan pada keesokkan harinya, 26 Mei di lokasi sama.
Miss K ada bertanya kepada peminat misteri itu tentang status Siti Murni, sebab setahu Miss K, Siti Murni sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Menurut peminat misteri, Siti Murni sudah pun bercerai dengan suaminya yang juga seorang pengacara di RTM, iaitu, Hisham Salleh sejak setahun yang lalu.
“Kerana bisnes, mereka rahsiakan kisah penceraian mereka. Ah! Past is Past la Miss K oi...Jangan dikenang lagi. Mugkin jodoh mereka tak panjang.
"Ada sebabnya mereka merahsiakan penceraian tersebut. Mereka kan business partner, mungkin kerana itu mereka tak heboh-heboh untuk menjaga hubungan profesional masing-masing.
“Yang penting, kita doakan sahaja yang baik-baik buat Siti Murni dengan Fairuz. Saya dah tak sabar nak tengok mereka kahwin. Siti Murni idola saya,” kata peminat itu dalam nada teruja.
Iya tak iya juga. Biarkanlah cerita lama jadi sejarah. Miss K doakan Fairuz dan Siti Murni berbahagia hingga ke akhir hayat.
Miss K: Suka tengok Fairuz Selamat dalam video teaser Istikharah Cinta 2017, bahagian 2 yang Siti Murni upload di Instagram. Nampak kacak! Darah manis barangkali.
Topic Berkaitan
#Miss K
#Gossip
#Miss K
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement