HIBURAN
Fasha Sandha Bakal Kahwin, Ini Ucapan Khas Nora Danish
Pelakon Nora Danish berkongsi ucapan tahniah kepada aktres Fasha Sandha yang bakal mendirikan rumah tangga bersama aktor Aidil Aziz.
Menurut Nora dia mendoakan semoga kebahagiaan yang dibina Fasha kekal hingga ke Jannah.
"Kepada Nur Fasha Sandha, selamat melangsungkan perkahwinan.
"Semoga kekal hingga ke Jannah, jadilah isteri yang baik alhamdulillah.
"Kami semua mendoakan semoga awak bahagia dunia akhirat," katanya kepada Gempak.
Nora ditemui ketika majlis pelancaran kolaborasi istimewa Jovian Mandagie X Oh Most Wanted di JStore, Shah Alam baru-baru ini.
Nora dan suami, Nedim Nazri Aziz berkahwin pada 30 Mac 2017.
Pasangan ini kemudiannnya dikurniakan putera sulung, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari 2018.
Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 namun bercerai pada 10 Julai 2008.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal.
Kemudian, Jejai berkahwin dengan Fasha pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.
Jejai dan Fasha dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.