HIBURAN
Fendy Bakry Risau Kes Covid-19 Meningkat, "Moga Ada Kesedaran Dalam Diri Untuk Manusia Sejagat ..."
Pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa risau selepas kes COVID-19 makin meningkat setiap hari.
Menurut Fendy, 32, dia khuatir penggambaran akan ditangguh manakala perniagaan tidak dapat beroperasi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.
"Bila kes semakin naik aku makin risau. Bukan apa, takut bila PKP dibuat semula.
"Dah sekarang ni tengah penggambaran, kang tak pasal-pasal sangkut kat Perlis. Berniaga pun kalau dah PKP silap-silap kedai pun tak boleh buka," tulisnya.
Luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya, semalam.

Sementara itu, pelakon drama Mr. Grey turut bersimpati dengan nasib barisan hadapan yang terpaksa bertungkus lumus untuk menangani pandemik ini.
Pemilik nama Mohd Affandi Nor Bakri memohon agar semua pihak tidak leka dalam menjaga kesihatan diri.
"Mana suara-suara yang suruh jaga diri, kita belum menang? Apakah bila rakyat menjaga diri tapi rakyat juga dipersalahkan?
"Kesian frontliner terpaksa menebalkan baju semula. Moga ada kesedaran dalam diri untuk manusia sejagat.
"Kita jaga kita la ceritanya. Buat apa nak cara hal orang. Kau jaga kau terjaga," tulisnya lagi.
Setakat hari Isnin, Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 baharu tertinggi dengan 432 kes.

Must-Watch Video