HIBURAN
"First & Second Anniversary With Our Little Hero" - Amyra Rosli
Tanggal 11 November merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan kedua buat aktres Amyra Rosli dan suaminya, pelakon Amar Baharin.
Menerusi laman Instagram Amyra, dia telah memuat naik foto 'throwback' ketika majlis perkahwinan mereka beserta ucapan sempena hari bersejarah terbabit.
Amar juga memuat naik beberapa keping foto sepanjang kehidupan mereka bersama beserta ucapan ulang tahun perkahwinan.
Amyra turut memuat naik foto sekitar majlis sambutan ulang tahun perkahwinan yang diraikan bersama anaknya, Aqeef Anaqi.
Amyra dan Amar telah berkahwin pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aqeef Anaqi.