Skip to main content

Budaya Popular

Foto-Foto Sekitar Majlis Perkahwinan Amyra Rosli & Amar Baharin

amaramyra.jpg
Pasangan sama cantik, sama padan Amyra Rosli dan Amar Baharin selamat bergelar suami isteri pada Jumaat.

Lengkap dengan persalinan serba putih, Amyra kelihatan anggun bagai seorang seorang puteri dengan menyarungkan busana pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Manakala Amar pula nampak begitu segak dan bergaya mengenakan baju Melayu warna sedondon bersama isterinya.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Premiera Kuala Lumpur.itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak serta pihak media.

Sementara majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di lokasi yang sama jam 9 malam, pada Sabtu, 12 November.

Majlis resepsi bagi pihak lelaki pula bakal diadakan di Ampang pada 19 November depan.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto menarik sekitar majlis pernikahan Amyra-Amar:

AA1.JPGAA3.JPGAA4.JPGAA5.JPGAA7.JPGAA8.JPGAA9.JPGAA6.JPGAA2.JPG
 

Advertisement

Must-Watch Video