HIBURAN
Hafreez Adam Bimbang Tengok Ramai Orang Abai SOP, "Kalau Boleh Nak Duduk Rumah ..."
Pelakon Hafreez Adam meluahkan rasa kesal apabila masih ada segelintir manusia yang belum sedar betapa bahayanya pandemik Covid-19.
Menurut Hafreez, 27, walaupun dia tidak keluar rumah setiap hari namun perasaan bimbang itu tetap ada.
"Abe rasa. Kebanyakan orang, masih tak tahu betapa seriusnya isu Covid ni. Sambil lewa sahaja kan.
"Abe keluar juga. Bila perlu sahaja. Contoh? Beli barang dapur. Benda-benda lain yang boleh beli online, Abe order sahaja,
"Abe jujur cakap. Abe bimbang sebenarnya. Kalau boleh, nak duduk rumah saja.
"Tapi Abe kena keluar kerja. Sebab shooting masih jalan. Tapi Abe akan ke set dan balik.
"But Alhamdulillah, untuk first block ni, Abe banyak cuti juga. Jadi tak adalah hari-hari dekat set. Jadi kurang sikit rasa bimbang hari-hari nak kena keluar tu," tulisnya menerusi Instagram Stories.

Dalam pada itu, pelakon drama Monalisa tersebut turut mengingatkan kepada semua agar kekal berada di rumah jika tidak ada keperluan di luar.
Tegasnya, ini bukan masa untuk keluar melepak kerana berkemungkinan akan berjangkit kepada ahli keluarga lain.
"Tetapi korang kalau boleh, kalau tak ada keperluan tolong duduk di rumah. Jangan seronok atau ghairah nak keluar lepas harini. Esok lusa sakit, dapat penyakit.
"Kalau diri sendiri kena tak apa lah. Memang sendiri cari penyakit. Tapi kalau keluarga yang selama ni patuh arahan/SOP, berjangkit dari korang?
"Tak rasa bersalah seumur hidup? Jangan pentingkan diri sampai bebankan orang lain," tulisnya lagi.
Sehingga semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 871 kes dengan 7 kematian.

Must-Watch Video