HIBURAN
"Happy Birthday Soulmate!" - Aeril Zafrel Sambut Hari Lahir Sehari Selepas Anak Bongsu Dilahirkan
Pelakon popular, Aeril Zafrel menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31 hari ini.
Berita gembira itu didedahkan isterinya, pelakon Wawa Zainal menerusi entri di akaun Instagram.
"Happy birthday soulmate, @aeril_zafrel," tulis Wawa yang baru melahirkan anak ketiga mereka, Ayya Soffya semalam.
Tambah Wawa, Ayya sepatutnya dilahirkan pada hari ini dan berkongsi tarikh lahir bersama Aeril, namun rezeki mereka menimang cahaya mata semalam.
"Sepatutnya, due date @AyyaSoffya hari ini, sama tarikh dengan awak, hehe..selamat berjuang kembali tukar pampers baby, susukan, pujuk baby.
"Terima kasih teman saya bertarung nyawa dari pagi sampai petang tadi, I love you 3000," tulisnya mengakhiri kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Wawa mengucapkan tahniah dan selamat hari lahir buat Aeril.
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iatu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghrifatul Adzkiyaa.