HIBURAN
"Haqiem Rusli Ambil Idea Saya" - Sufi Rashid
Masih hangat dengan isu depresi yang didakwa gimik, penyanyi muda Haqiem Rusli terus dihimpit kontroversi.
Terbaru, menerusi laman Instagram, penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid mendedahkan Haqiem telah mengambil ideanya tanpa sebarang kredit.
Menurutnya, Haqiem telah mengambil idea asalnya di bahagian intro dalam single terbaru yang berjudul Selamat Tinggal Sayang.
A post shared by Sufi Rashid (@sufierashid) on
"Saya berbesar hati kerana bahagian intro lagu yang saya reka itu digunakan, saya tidak marah tetapi agak kecewa kerana saya tidak diberi sebarang kredit.
"Saya tidak sewenang-wenangnya memberikan idea sebegitu kepada sembarangan orang, idea tidak boleh diambil secara percuma," tambah Sufi.
Sufi juga berharap agar penyanyi lagu Tergantung Sepi itu tidak mengalami kemurungan dan turut mengucapkan selamat berjaya kepadanya.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Sufi Rashid
Must-Watch Video