gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England Dan Wales
HIBURAN
Kehadiran Bella Astillah Di Majlis Hari Lahir Ibu Syed Saddiq Buat Netizen ‘Cair’ - “Alhamdulillah Tumpang Happy”
VIRAL
Suara Merdu Siti Nurhaliza ‘Kejutkan' Lelaki Koma Di Australia - “Sebaik Saja Mendengarnya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Harap Anda Bersabar" - Pos Malaysia Terima Purata 600,000 Parcel Setiap Hari Ketika Tempoh PKP?

Hanafis Haris
Hanafis Haris
30/04/2020
05:23 MYT
Sponsor Banner
"Harap Anda Bersabar" - Pos Malaysia Terima Purata 600,000 Parcel Setiap Hari Ketika Tempoh PKP?
Baru-baru ini viral satu video yang memaparkan situasi sesak yang berlaku di Pos Laju Transit Office (KLIA Hub).
Menerusi video berkenaan, tenyata barang bungkusan yang diterima melebih jumlah kebiasaan.
Malah menurut Pos Malaysia, pihaknya telah menerima secara purata lebih 600,000 bungkusan setiap hari semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jumlah itu didedahkan menerusi satu posting di Twitter rasmi mereka.
"Kakitangan kami tekun menjalankan tugas untuk memastikan semua parcel diserah kepada penerima.
"Namun, waktu operasi kami adalah tertakluk kepada garis panduan dan pematuhan PKP.
"Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menghantar barangan anda dan berharap agar anda dapat bersabar," kata pengendali akaun tersebut.
Sementara itu, rata-rata netizen dilihat terkejut dengan keadaan sesak di KLIA Hub berkenaan.
Kebanyakannya mahu orang ramai memahami sekiranya berlaku kelewatan dalam proses penghantaran.
Tidak kurang juga yang mahu orang ramai menghargai petugas Pos Malaysia.
Para pelanggan yang dihargai,Pos Malaysia telah menerima secara purata lebih 600 ribu parcel setiap hari semasa tempoh PKP. Kakitangan kami tekun menjalankan tugas untuk memastikan semua parcel diserah kepada penerima. https://t.co/ydPkPVgyjL
— Pos Malaysia Berhad (@pos4you) April 29, 2020
Topic Berkaitan
#Viral
#Viral
#Pos Malaysia
#PKP
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement