Skip to main content

Budaya Popular

Harap Diterima Pendengar, Kucaimars Lancar Single Pertama

befunky-collage_145.jpg
Penyanyi baru Amirul Husyairi atau lebih dikenali Kucaimars mendedahkan dia mula menjadi seorang penyanyi sejak di bangku sekolah.

Menurut Amirul, dia mula untuk serius dalam bidang nyanyian selepas video nyanyiannya menjadi perhatian netizen di laman media sosial.

"Sebenarnya saya mula menyanyi sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya pernah menganggotai sebuah kumpulan boyband remaja yang digelar sebagai Q4 serta mengeluarkan single berjudul 'I Miss You'.

"Saya mula serius dalam bidang nyanyian bermula tahun lepas selepas video nyanyian saya tular di laman media sosial.

"Saya menyanyikan lagu Ragaman nyanyian asal Faizal Tahir dalam dialek Negeri Sembilan yang telah mendapat ratusan ribu tontonan.

"Selepas itu, saya menerima beberapa tawaran daripada pengurusan syarikat rakaman dan saya memilih untuk bernaung di bawah Warner Music Malaysia," katanya kepada Gempak.

Amirul ditemui pada malam EDMA 2018 di Galaxy Banquet Sentul Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah penyanyi yang berasal dari Seremban ini berkata dia berharap agar single terbarunya yang berjudul 'Jawab' ini diterima oleh pendengar.

"Saya berharap agar single ini dapat diterima ramai orang.

"Semoga pihak media dan pendengar muzik tempatan dapat memberikan sokongan berterusan kepada saya," katanya lagi.

'Jawab' boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music bermula 25 Januari 2019.

Advertisement

Must-Watch Video