Budaya Popular "Hati Kecil Saya Sebak & Terusik Melihat Perjuangan Mereka ..." - Zara Zya Turun Padang Lihat 'Frontliners' Bekerja Zulaikha Yusof 07/04/2020 | 10:12 MYT Alhamdulillah, saya bersama Team @zaraprihatin @ippohafiz & @prihatin4u turun padang ke Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTe) yang menjadi Stesen Pusat Kuarantin Covid-19 dan sempat meluangkan masa berjumpa 118 Frontliners yang sedang berjuang memutuskan rantaian Covid-19. . Sepanjang bersama Frontliners, hati kecil saya sebak & terusik melihat perjuangan mereka yang terus berjuang tanpa henti untuk memerangi pendemik Covid-19. Walaupun mereka sentiasa mengukir senyuman & disambut dengan tawa hilai sepanjang 3 jam kami berceloteh serta berkongsi pengalaman mereka di Pusat Kuarantin, namun jauh di sudut hati masing2, mereka memendam perasaan rindu untuk bersama keluarga tercinta yang ditinggalkan hampir sebulan ini. . Terima kasih kepada @prihatin4u AG Prestige, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang memberi peluang kepada Zara Prihatin untuk turut sama merasai denyut nadi perjuangan Petugas & Sukarelawan Barisan Hadapan Covid-19. Terima kasih jua kepada pejuang2 Frontliners KKM, APM, PDRM, ATM, JKM, JKR dan agensi2 lain yang bertungkus lumus siang dan malam berjuang melawan musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini. . Saya mengajak kalian semua teruskan sumbangan ke Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan kerana sumbangan anda memberi 1001 makna buat Frontliners yang berjuang. A post shared by Zara Zya (@zarazya) on Apr 5, 2020 at 1:24am PDT Topik Berkaitan #Zara Zya #COVID-19 #Frontliners Must-Watch Video Read more