HIBURAN
"Hati Saya Tertutup Untuk Berkahwin" - Fitri Haris
Pemenang Gema Gegar Vaganza 2, Fitri Haris akui tidak mahu lagi mendirikan rumah tangga buat kali yang keempat.
Menurut Fitri, dia merasakan hatinya tertutup rapat untuk berkahwin buat masa ini dan tidak langsung memikirkan soal itu.
"Buat masa ini, boleh dikatakan hati saya tertutup rapat untuk mendirikan rumah tangga lagi.
"Saya rasa biarlah saya begini, anak saya juga sudah berusia 15 tahun, kadang-kadang wujud perasaan malu jika saya berkahwin lagi," katanya.
Fitri berkata demikian ketika ditemui di showcase mini Lepak Je yang diadakan untuk para peminatnya bertempat di Petaling Jaya Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Fitri mengatakan dia sudah trauma untuk berkahwin kerana serik dengan rasa ditinggalkan.
"Ada juga saudara mara yang memperkenalkan wanita untuk dibuat calon kepada saya, namun saya memohon maaf kerana hati sudah tertutup.
"Saya trauma untuk beristeri, mungkin sebab serik dengan rasa yang pernah ditinggalkan," tambahnya.
Imbas kembali, Fitri sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebelum menikahi isteri kedua di Thailand pada Mei 2009.
Namun begitu, dia bercerai dengan isteri pertama itu kira-kira sebulan selepas menikahi isteri kedua.
Dua minggu selepas itu, Fitri bercerai pula dengan isteri kedua tersebut.
Fitri berkahwin lagi pada 9 September 2012, namun perkahwinan ketiganya itu turut menemui titik noktah seperti sebelumnya.