HIBURAN

"He's Married To My Sister. Yes I Have Sisters..." - Ummi Nazeera Kongsi Sedikit Cerita Keluarga

Badrul Hashim 12/06/2019 | 05:34 MYT
Ketika ramai teman selebriti cuba membantu Afdlin Shauki berkongsi video beliau yang ingin mencari saksi dan mendapatkan rakaman kemalangan adiknya, Ummi Nazeera turut melakukan perkara yang sama.
Baca: Cari Bukti Atau Saksi Kemalangan Adiknya, Afdlin Shauki Minta Bantuan Orang Ramai
Lebih menarik, ketika berkongsi video tersebut, Ummi Nazeera turut mengakui bahawa adik kepada Afdlin Shauki, Jefri Adzman juga merupakan abang iparnya.
"Adik abang Afdlin is actually my brother in law. He’s married to my sister. Yes I have sisters. Anyway pls doakan abang Jeff yang telah mengalami kemalangan baru baru ni.
"And kalau ada sesiapa yang nampak kejadian kemalangan di Petronas Kota Damansara. Please share your dashcam video atau anybody yg ada info please pm ya .. @afdlinshaukiofficial Thank u so much," tulis Ummi lagi.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang adik beradik Ummi Nazeera kerana dia mungkin lebih selesa berkongsi tentang cerita dia dan adik lelakinya.
Sama-sama kita doakan semoga adik kepada Afdlin Shauki, Jefri Adzman kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
Kredit Gambar: Instagram
#Ummi Nazeera #Afdlin Shauki