Skip to main content

Budaya Popular

Hormati Hari Malaysia Konsert G-Dragon Diubah Tarikh, Tiket Mula Dijual Esok

tiket-concert-motte-gd-jual-esok.jpg
Bagi menghormati hari Malaysia, konsert siri jelajah , 'G-DRAGON 2017 WORLD TOUR <ACTIII, M.O.T.T.E> in Malaysia' telah diubah tarikh kepada 17 September depan.
 
Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur, IME Malaysia yang mengambil inisiatif untuk melewatkan sehari konsert berkenaan melalui satu kenyataan media beberapa hari yang lalu.
 
Bagaimanapun penundaan itu tidak melemahkan semangat peminat untuk melihat ketua kumpulan BIGBANG itu mengadakan konsert solonya di negara ini.
 
Penjualan tiket untuk menyaksikan persembahan G-Dragon secara live itu akan mula dibuka esok di Sunway Velocity Cheras bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
 
Tiket-tiket boleh didapati dengan harga antara RM210 sehingga RM710.


 
Menariknya, peminat yang membeli tiket pada hari tersebut akan disertakan dengan sekeping poster edisi terhad (siapa cepat dia dapat).
 
Pada hari pelancaran jualan tiket tersebut, setiap individu hanya boleh membeli 10 keping tiket sahaja
 
Manakala untuk pembelian secara online boleh dibuat menerusi TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) pada hari yang sama bermula jam 4 petang.
 
Selain itu, kaunter tiket terpilih untuk menjual tiket berkenaan mula dibuka pada 31 Julai ini.
 
Kaunter tiket yang terpilih adalah Speedy Video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter pertanyaan Pusat Beli-Belah The Mines dan 1 Shamelin.
 
'G-DRAGON 2017 WORLD TOUR <ACTIII, M.O.T.T.E> in Malaysia' akan berlangsung di Stadium Merdeka pada jam 7.30 malam.
 
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Facebook rami (IME Asia), Twitter (IMEproduction) atau Instagram (IME_Asia)
 

Advertisement

Must-Watch Video