HIBURAN
"I Hope You're Strong. You Deserve Someone Better .." - Netizen Beri Kata-Kata Semangat Kepada Atikah Suhaime
Pelakon Atikah Suhaime telah meluahkan perasaan yang dirasai ketika ini dengan memuat naik rakaman babak lakonan miliknya.
Rakaman video itu telah dikongsi menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.
"How I'm feeling right now actually," tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.
Walaupun entri itu dituliskan secara umum, netizen mengetahui ia mempunyai kaitan dengan majlis perkahwinannya yang dibatalkan di saat akhir.
Kebanyakan dari pengikutnya memberi kata semangat kepada Atikah untuk menghadapi dugaan serta berdoa agar dipertemukan jodoh yang lebih baik.



Atikah dan penyanyi Awi Rafael mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu dan dijangka berkahwin pada Ahad akan datang ini.
BACA: "I Thought I Could Fix Things At The Last Minute .." - Atikah Suhaime & Awi Rafael Tak Jadi Kahwin