Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Ibu Azwan Ali Meninggal Dunia

Rozaimi Zubaidi 18/02/2017 | 04:08 MYT
Ibu pelakon Azwan Ali, Che Tom Yahaya meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara pada jam 2.14 pagi tadi (Sabtu).
Menerusi sebuah kenyataan, jenazah dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang untuk disembahyangkan.
Jenazah juga dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Politik kepada Datuk Menteri Besar Selangor, Suhaimi Shafiei, menerusi siaran kepada media sebentar tadi.
Selain Azwan Ali, Che Tom juga merupakan ibu kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.
Astro Gempak mengucapkan tazkiah kepada Azmin dan Azwan di atas pemergian Che Tom, semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
#Azwan Ali #Azmin Ali