Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Ibu Cemburu Bila Saya Ada Kekasih" - Miller Khan

Kamaruddin Razal 29/06/2018 | 12:41 MYT
Bintang sinetron Indonesia, Miller Khan mengakui hubungannya dengan kekasih, Nathalie Stephens dicemburui oleh ibunya.
Namun begitu, Miller beranggapan cemburu yang ditunjukkan oleh ibunya tidak berunsur negatif.
“Ibu saya suka cemburu jika saya dengan kekasih. Tapi dia suka Nathalie kerana ada orang yang menjaga saya ketika di Indonesia.
“Jika saya memberitahu saya mahu keluar dengan kekasih, ibu akan rasa cemburu dan ajak saya keluar bersamanya juga,” ujarnya.
Biarpun sedang hangat bercinta, Miller belum mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang.
Keluarga Miller juga tidak pernah mendesak dirinya mendirikan perkahwinan.
Sumber: Detik Hot
#Miller Khan