Penyanyi dan pelakon Izzue Islam kini tampil dengan kanta lekap keluarannya sendiri iaitu, ‘Lookalike’ yang memilki pelbagai jenis warna.
Izzue berkata, idea untuk mengeluarkan kanta lekap sendiri terbit selepas melihat ia menjadi trend dikalangan rakyat Malaysia.
“Saya lihat orang kita ramai yang suka pakai kanta lekap berwarna, baik wanita mahupun lelaki. Jadi saya dan isteri membuat sedikit penyelidikan untuk menghasilkan ‘Lookalike’ yang menjanjikan keselesaan dan kualiti kepada pengguna.
“Tidak ada isu orang lain keluarkan kanta lekap, Izzue Islam pun keluarkan kanta lekap. Orang berniaga perlu positif dan bersaing dengan cara yang sihat,” katanya ketika di temui Astro Gempak pada majlis meraikan ‘Lookalike’ bersama Shopee di Zawara Coffee, Setia Alam, baru-baru ini.
Ditanya mengapa memilih Shopee sebagai platform untuk memasarkan ‘Lookalike’ dan kesemua jenama di bawah label Izzueexclusive, anggota kumpulan Forteen ini memberitahu, perkhidmatan pasaran sosial ini menyebabkan dia teruja untuk bekerjasama.