Penyanyi Datuk Zainal Abidin berpendapat industri muzik sekarang lebih memilih untuk bergantung pada kreativiti orang lain.
Menurut Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana individu tersebut perlu menunjukkan kelebihan yang dimiliki.
"Industri muzik sekarang ini tidak mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Mereka suka bersandar pada orang lain.
"Saya rasa ini tidak patut dilakukan kerana kita perlu berusaha serta berdiri di atas kaki sendiri kerana daya kreativiti seseorang itu lebih menonjolkan kebaikan seseorang itu.
"Sekiranya dia benar-benar bergelar seorang artis jangan bersandar pada orang lain. Fikirkan apa yang terbaik yang boleh diberikan kepada orang lain.
"Ini yang akan memberi kita satu semangat untuk maju dan terus maju, insya-Allah," katanya kepada HLive.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).