Skip to main content

Budaya Popular

Ini Semua Untuk Mereka Yang Memandang Rendah Saya & Keluarga - Ara Johari

arajoajl.jpg

Penyanyi kelahiran AF2016, Ara Johari meluahkan perasaan di laman Instagram miliknya, @arajohari.

Ara menzahirkan rasa syukur dalam satu catatan panjang sempena lagu single pertamanya, Warkah Untukku yang berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32).

Advertisement

“Alhamdulillah, cita-cita yang selama ni saya idamkan, cita-cita yang selalu menjadi angan-angan, impian untuk berada di pentas besar AJL akhirnya tercapai.

“Rezeki yang Allah bagu dekat saya ni, saya takkan sia-siakan. Tak semua orang akan dapat peluang sebegini. Ini adalah peluang yang tepat untuk tunjuk dekat semua orang yang pernah mencaci, yang pernah mengutuk dan yang memandang rendah terhadap saya dan keluarga.

“Ini masanya untuk saya buka mata semua orang yang saya boleh berjaya macam orang lain. Ya, saya berasal dari keluarga yang sederhana. Tak kaya dengan harta dan duit, tapi sangat kaya dengan kasih sayang keluarga yang tak ternilai.

“Keluarga yang menjadi tulang belakang saya sampai ke tahap ini. Mereka adalah harta saya dunia akhirat. Dan untuk yang membenci, teruskan membenci selagi mana kebencian tu ada dalam diri.

“Untuk yang menyokong, teruskan menyokong dan berjuang bersama dengan saya dikala susah atau senang. Saya boleh buat dan saya akan buktikan.

“Terima kasih yang tak putus mendoakan saya dan menyokong saya untuk berada di pentas AJL. We fight for AJL,” tulis Ara.

Luahan hati Ara itu mendapat perhatian pengikutnya. Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Ara.

Ada juga peminat yang sebak membaca luahan hati Ara dan mendoakan agar Ara membuat persembahan terbaik di AJL 32.

Warkah Untukku merupakan lagu ciptaan Hang Nadim dan lirik hasil tulisan Laq.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @arajohari

 

 

Alhamdulillah , Cita Cita yang selama ni saya idamkan , cita cita yang selalu menjadi angan angan , impian untuk berada di pentas besar AJL akhirnya tercapai . Rezeki yang Allah bg dekat saya ni , saya tak kan sia sia kan . Tak semua orang akan dapat peluang sebegini . Ini adalah peluang yang tepat untuk tunjuk dekat semua orang yang pernah mencaci , yang pernah mengutuk , dan yang memandang rendah terhadap saya dan keluarga . Ini masa nya untuk saya buka mata semua orang yang saya boleh berjaya macam orang lain . Ye , saya berasal dari keluarga yang sederhana . Tak kaya dengan harta dan duit , tapi sangat kaya dengan kasih sayang keluarga yang tak ternilai . Keluarga yang menjadi tulang belakang saya sampai ke tahap ini . Mereka adalah harta saya dunia akhirat . Dan untuk yang membenci , terus kan membenci selagi mana kebencian tu ada dalam diri . Untuk yang menyokong , teruskan menyokong dan berjuang bersama dengan saya dikala susah atau senang . Saya boleh buat dan saya akan buktikan ❤ Terima Kasih yang tak putus mendoakan saya dan menyokong saya untuk berada di pentas AJL. We fight for AJL ? #AraJohari #Warkahuntukku #Bunga

A post shared by ARA AF2016 (@arajohari) on

Must-Watch Video

Advertisement