Pelakon Erra Fazira enggan mengulas lanjut berhubung kontroversi pergaduhannya dengan Datin Seri Umie Aida.
Jelas Erra, dia mahu meneruskan hidup dengan lebih positif dan menganggap perkara yang terjadi merupakan titik hitam dalam hidupnya.
“Saya tidak berhasrat menjawab dan berbicara tentang isu yang sedang diperkatakan masa kini.
“Saya memilih untuk berdiam diri atas keputusan saya sendiri.
“Apa-apa pun saya mengambil perkara yang berlaku ni sebagai satu titik hitam dalam hidup saya.
“Saya berharap dan tolong doakan juga agar perjalanan saya lebih baik dan Insya-Allah.
“Saya hanya mahu teruskan hidup dengan lebih baik, produktif, tenang dan damai.
“Saya harap sangat pihak media beri kerjasama, kita tutup buku dan mula yang baru,” katanya.
Erra ditemui pada majlis pelancaran musim baharu program bual bicara Mingguan Wanita di The Gardens, Kuala Lumpur hari ini.
BACA: Dedah Dikhianati Sahabat Sendiri, Netizen Tuduh Umie Aida Ada Masalah Dengan Erra Fazira?
BACA: Umie Aida ‘Naik Hantu’, Zahida Rafik Bagi Klu?
Masih menghormati permintaan media, Erra menambah kemelut yang melanda membuat dia belajar banyak perkara baharu dalam hidup.
“Saya berduka atau tidak itu adalah cerita saya, hal peribadi saya dan saya ada tempat untuk mengadu. Alhamdulillah.
“Memang banyak yang saya belajar dan ia pelajaran terbaik dalam hidup.
“Apa yang berlaku sama ada kita langgar lubang atau dinding, kita buat apa sekali pun, ia bukan pelajaran yang tak bagus.
“Semua bagus untuk saya dan mahu terus pandang ke depan dengan perspektif dan pandangan yang lebih positif,” tambahnya.
BACA: “Dah Nampakkan Yang Mana Sahabat, Yang Mana Musibat?” – Erma Fatima Tegur Umie Aida
BACA: "Saya Telah Mengecewakan Dia Buat Kali Ke-3" - Erra Fazira Mohon Maaf Kepada Umie Aida, Mahu Hentikan Perbalahan
Pada 13 Jun lalu, Umie menerusi laman Instagramnya mendedahkan dirinya dikhianati seorang sahabat baik.
Menerusi catatannya itu, Umie berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.
Susulan itu, Erra mengakui kesilapannya melukai sahabatnya itu telah memohon maaf buat kali ketiga.
Erra turut memberitahu Umie pernah menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka.
BACA: Hubungan Kembali Jernih, Umie Aida Muat Naik Video Berpelukan Dengan Erra Fazira
Persengketaan itu selesai selepas mereka bertemu empat mata untuk menjernihkan keadaan.