HIBURAN

"Inilah Nikmat Dunia” - Netizen 'Cuci Mata' Bila Ismail Izzani Tayang Six-Pack

Hanafis Haris 01/04/2019 | 06:59 MYT
Selepas memuat naik gambar menampakkan separuh dadanya, penyanyi sensasi Ismail Izzani sekali lagi mengundang komen nakal netizen apabila memuat naik gambar ‘six-pack’.
Ismail dilihat memuat naik gambar tidak memakai baju sambil menayang ‘six-pack’ di kawasan air terjun di sekitar kawasan Pulau Pangkor, Perak.
Gambar itu sekali gus mengundang komen nakal netizen yang rata-ratanya memuji bentuk tubuh badan penyanyi muda itu.
“Chocolate abs” tulis seorang daripada netizen wanita.
“Kalau jual sixpack tu bagitau, nak beli,” komen peminat lelaki pula.
“Inilah nikmat dunia” kata seorang lagi netizen wanita.
“My main is so hot ugh,” tambah peminat lain.
Selain itu dalam pada masa sama, ramai juga netizen memuji tindakan Ismail menutup pusat atau auratnya walaupun menunjukkan 'six-pack'.
“Tabik mael still jaga your aurat!! Good job,” kata peminatnya.
“Buka baju pun still tutup aurat, ini baru idola,” kata peminat lelakinya.
“Nasib pusat hang tutup kalau tak, abis kena tegur,” kata seorang lagi.
#Penyanyi #Penyanyi #Ismail Izzani