Skip to main content

Budaya Popular

"Insya-Allah Akan Sembuh Nanti .."- Akibat Influenza A, Ismail Izzani Masuk Hospital

mael-(1).jpg
Penyanyi Ismail Izzani telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta semalam akibat virus Influenza A.

Menerusi Instagram Stories miliknya, penyanyi lagu Cinta itu berharap semua pihak akan mendoakan kesembuhan dirinya.

"Untuk sesiapa yang tanya..Mael masuk hospital sebab kena virus Influenza A.

"Insya-Allah akan sembuh nanti. Doakan kesihatan saya ye," tulisnya.



Di samping itu, Ismail berkongsi foto dirinya terlantar di hospital sambil ditemani oleh ibunya yang juga penyanyi tahun 1980-an, Datin Suliza Salam.

Kami di Gempak mendoakan agar Ismail kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.

Advertisement

Must-Watch Video