Skip to main content

Budaya Popular

“Jadi Footballer Ke Guitarist Besar Nanti Ni?” – Anak Niena Azman, Rody Dipuji Handsome

niena-adith-handsome.jpg
Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody, Niena Azman berkongsi foto terbaru anak sulungnya, Adithya Jabbar yang dilahirkan 14 Januari lalu.
 
Niena memuat naik foto tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagram rasminya semalam.
 
“Day 9… Nanti dah besar Adith nak pakai jersey no.9 ya mummy… #imgolie #mrsgolie #adithyajabbar #adith,” tulisnya ringkas.
 
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut IG memuji kecomelan dan menggelarkannya ‘baby handsome’ selain mengusik Niena mengenai bakat anaknya kelak.


 

Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
 
Niena selamat melahirkan putera sulung secara normal, jam 9:34 malam pada 14 Januari lalu.
 
 Foto: Instagram @niena_azmann
 

Advertisement

Must-Watch Video