Usahawan terkenal Datin Vivy Yusof berharap agar warganet meninggalkan sikap suka ‘membawang’ menjelang masuk tahun baru 2020.
Menurut Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 32, dia sendiri tidak suka bercakap perihal gosip dan berharap orang ramai semakin matang untuk masuk ke tahun baru.
“Saya seorang yang tak suka ‘membawang’. Sebagai manusia semestinya kita ada melalui pelbagai cabaran dan berdepan momen negatif tapi saya memilih untuk berkongsi kepada ahli keluarga dan teman rapat.
“Saya bukan jenis setiap benda nak luahkan di Twitter dan Instagram jadi saya berharap tahun 2020 nanti orang ramai boleh kurangkan penggunaan laman sosial untuk perkara-perkara yang negatif,” kata Vivy kepada Gempak.
Vivy ditemui ketika majlis pelancaran koleksi dUCK x Barbie yang berlangsung di butik dUCK, One Utama, Petaling Jaya, pada Jumaat.
Tambah Vivy lagi, unsur-unsur negatif seperti buli, ‘body shaming’ dan menghentam satu sama lain di laman sosial perlu dihentikan dengan segera.
“Berhentilah memalukan sesiapa di laman sosial. Saya bercakap bukan dari pihak saya seorang tetapi untuk semua orang,” gesa Vivy.
Terdahulu, Vivy pernah menjadi kecaman warganet apabila melakukan cabaran bercakap dalam bahasa Melayu (BM) sekitar bulan Ogos lalu.
Walaupun memberikan mesej yang positif agar orang ramai memperkasakan BM, dia dituduh malu untuk berbahasa Melayu dan sengaja untuk tidak fasih.
Vivy dan suaminya, Fadzarudin Shah, 31, mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dah telah dikurniakan tiga cahaya mata Daniel Azim Shah, 6, Mariam Iman Shah, 4 dan Sarah Ilham Shah, satu tahun.