HIBURAN

"Jangan Selalu Lindung Dari Masalah" - Kak KM Kongsi Tips Besarkan Anak

Asraf Aided 20/12/2019 | 07:04 MYT
Usahawan Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM berkongsi tips membesarkan anak.
Kak KM yang juga anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu berkongsi perkara tersebut menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Kak KM, ibu bapa tidak perlu sentiasa melindungi anak dari masalah, sebaliknya perlu membuatkan mereka kuat ketika berhadapan dugaan.
"Jangan selalu lindungi anak dari masalah, tapi kuatkan dia agar boleh menghadapi masalahnya sendiri," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Kak KM turut menulis kata-kata nasihat buat anak sulungnya, Nabila sempena ulang tahun kelahiran yang ke-16.
"Dah besar anak sulung mama, kehidupan ini masanya panjang lagi, banyak perkara akak akan tempuh.
"Mama nak akak jadi seorang yang kuat dalaman, mental, boleh fikir dengan rasional, jangan biar orang pijak kepala kita.
"Mama sayang akak, selamat hari lahir yang ke-16" tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif, ada juga yang tersentuh membaca kata-kata nasihat yang ditulis Kak KM.
Terdahulu, Kak KM telah meraikan ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Faris Razman yang ke-13.
Kak KM telah menghadiahkan iPhone 8 buat anak terunanya itu.
#Kak KM