Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Jarang Kelihatan Bersama Suami, Datin Alyah Disangka Mempunyai Masalah Rumah Tangga

Amri Hassan 01/08/2018 | 09:56 MYT
Penyanyi Datin Alyah menjawab dakwaan kononnya dia dan suami, pengarah muzik Datuk Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram jarang sekali kelihatan bersama ke majlis keramaian.
Menurut Alyah, mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing di dalam hal kerja.
"Saya bukan sejenis yang sentiasa akan ikut Tok Ram ke mana saja. Masing-masing ada kerja yang perlu diselesaikan.
"Kemesraan kami biarlah hanya kami saja yang tahu di rumah. Kalau mungkin ternampak di khalayak umum, itu hanyalah kebetulan.
"Alhamdulillah, hubungan kami baik-baik saja. Kami bersyukur dengan kebahagiaan yang diberikan," katanya.
Alyah ditemui di majlis pelancaran single terbarunya iaitu Jutaan Purnama di Keriang Hill, Alor Setar baru-baru ini.
Tambah penyanyi lagu Kisah Hati ini, ada peminat yang bertanya kenapa dia tidak memuat naik gambar mereka bersama.
"Sekali-sekala, saya ada memuat naik gambar sekeping dua tetapi bukan lah setiap hari.
"Secara jujurnya, saya lebih selesa dengan keadaan kami yang tidak terlampau menunjukkan kemesraan kepada orang ramai," katanya kepada Gempak.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
#Penyanyi #Penyanyi #Datin Alyah #Jutaan Purnama