HIBURAN

Johan Tiada HANDPHONE, Kongsi Dengan Ozlynn. Bagusnya, Tak Adalah ‘Cing’ – Ada Lagi Ke Suami Macam Ni?

Afiza Kamarulzaman 15/07/2020 | 14:41 MYT

Ia bukanlah soal ‘queen control’ atau mahu menyekat kebebasan suami. Namun, penulis percaya Johan sendiri yang tidak mahu punya telefon bimbit sendiri dan lebih selesa menggunakan telefon isterinya. Penulis pernah menemubual dah bersembang dengan pasangan sejoli ini, ternyata Johan jenis yang serahkan semuanya kepada isteri.


Bagi, Johan semua yang dimilikinya adalah milik isteri dan anak-anak. Sebagai lelaki, dia mampu hidup berdikari walau apa pun yang terjadi. Tetapi, sehingga handphone pun Johan tidak mahu punya sendiri? Memang luar biasa, bukan? Inilah realitinya apabila kebanyakan hal dan urusan suami diuruskan isteri. Jadi, apa perlunya ada sendiri – mungkin itu fikir Johan?


Dan, keadaan ini sudah berlaku berbelas tahun ya! – Tulis Ozlynn di ruangan komen.



#Johan #Ozlynn #Jozlynnhanania