HIBURAN
Kagum Dengan Ciptaan Tuhan, Irma Hasmie Menangis Tonton Video Angkasa Lepas Dr Sheikh Muszaphar
Pelakon, Irma Hasmie akui sebak melihat video angkasa lepas yang dikongsi oleh angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
Irma berkongsi perasaannya menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya hari ini.
“Allahu Akhbar... Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Saya pun nangis tengok video ni... Please go to @drsheikhmuszaphar IG, baca respon jawapan dari Dr.
“Banyak boleh belajar. Thank you so much Dr. for sharing, mengingatkan kita tetang kebesaran Allah S.W.T” tulisnya.
Rata-ratanya menyatakan rasa kagum dengan keindahan bumi selain mengakui berasa kerdil selepas melihat kebesaran Ilahi.
“SubhanaAllah... Terima kasih Dr. berkongsi pengalaman di sana, sangat kagum dengan kebesaran Allah S.W.T. Menjadikan saya ingin menjadi lebih baik sempurna di sisinya...” tulis @azura_shah
“SubhanAllah... “Terima kasih @drsheikhmuszaphar kongsi video ni. Tak boleh nak kata apa selain menyebut nama Allah… Saya orang biasa-biasa... Bila dapat tengok macam ni sungguh mengharukan,” coret @miezamjalaluddin
Foto: Instagram @irmahasmie / @drsheikhmuszaphar