HIBURAN
"Kawan Sebelah Tegur Pun Saya Buat Sombong Sebab..." - Rita Rudaini
Aktres jelita, Rita Rudaini memuji kualiti dan barisan pelakon yang membintangi filem Suatu Ketika arahan Prakash Murugiah.
Menurut Rita, dia menyukai hasil lakonan barisan pelakon yang berbakat dalam filem tersebut.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Dengan para pelakon yang tak perlu ramai follower di Instagram, tak perlu muka bersepah jadi cover majalah sana sini, tak perlu kena tunjuk muka kat event sana sini untuk popular, tapi hasil mereka hebat.
"Inilah pelakon, berlakon jujur dari hati, saya terkesima, duduk diam dalam panggung, kawan sebelah tegur pun saya buat sombong malas nak cakap sebab tak boleh terlepas satu shot or satu scene pun," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Rita turut terkesima dengan sinematografi filem terbabit, dia juga meminta kebanyakan pihak produksi untuk tidak hanya memilih pelakon yang popular di media sosial dan berwajah komersial sahaja.
"Mata terpesona tengok sinematografi, mata terpaku tengok lenggok semua cast, korang ni dari mana? Kenapa korang takda pun dalam drama-drama di tv? mana korang sembunyi? Or producer memang taknak korang sebab muka tak komersial?
"Kesian stesen TV, kesian produser, inilah pelakon sebenar yang korang kena buka mata," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan pendapat Rita.
Sedikit info mengenai Rita, pelakon kelahiran Perlis ini mulai aktif di industri hiburan pada sekitar tahun 1998 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.