Skip to main content

Budaya Popular

K-Clique Paling Banyak Distrim Sepanjang 2019, Mengalahkan Siti Nurhaliza!

untitled-design-2019-12-04t171837-600.jpg
Kumpulan rap yang sedang meningkat naik K-Clique telah diumumkan sebagai artis tempatan paling banyak distrim sepanjang tahun 2019.
 
Menerusi aplikasi penstriman muzik terkenal, Spotify Wrapped, K-Clique berjaya mengalahkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berada di tangga ketiga.
 
Tempat kedua diraih oleh penyanyi Faizal Tahir manakala kedudukan keempat dan kelima menjadi milik SonaOne dan kumpulan Insomniacks.


Spotify Wrapped menyenaraikan muzik paling banyak distrim di Malaysia serta di seluruh dunia sepanjang tahun.
 
Pengguna aplikasi itu turut boleh mendapat statistik tersendiri untuk penstriman peribadi menerusi laman Spotify Wrapped yang bakal dikeluarkan Jumaat ini.
 
Berikut merupakan senarai penuh Spotify Wrapped 2019 di Malaysia
 
Artis Tempatan Paling Banyak Distrim
  1. K-Clique
  2. Faizal Tahir
  3. Datuk Seri Siti Nurhaliza
  4. SonaOne
  5. Insomniacks
Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruhan)
  1. BTS
  2. Ariana Grande
  3. Khalid
  4. Ed Sheeran
  5. Post Malone
Artis Lelaki Paling Banyak Distrim
  1. Khalid
  2. Ed Sheeran
  3. Post Malone
  4. Shawn Mendes
  5. Alan Walker
Artis Wanita Paling Banyak Distrim
  1. Ariana Grande
  2. Taylor Swift
  3. Billie Eilish
  4. Camila Cabello
  5. Halsey
Kumpulan Paling Banyak Distrim
  1. BTS
  2. BLACKPINK
  3. Maroon 5
  4. Twice
  5. 5 Seconds of Summer
Lagu Yang Paling Banyak Distrim
  1. Senorita – Camila Cabello, Shawn Mendes
  2. Boy With Luv – BTS feat. Halsey
  3. Someone You Loved – Lewis Capaldi
  4. Sunflower – Post Malone, Swae Lee
  5. 7 Rings – Ariana Grande

Advertisement

Must-Watch Video